Pendaftaran Sekolah
Upload Senarai Peserta

Khusus untuk guru atau wakil sekolah yang menghantar peserta secara berkumpulan.

Acara Terengganu Marathon 2026 kini membuka peluang kepada pihak sekolah untuk menghantar penyertaan secara berkumpulan bagi kategori kanak-kanak dan remaja. Sila gunakan borang di bawah untuk memuat naik senarai peserta dari sekolah anda.

Muat Turun Template
Senarai Peserta

Sila gunakan template rasmi TM26 ini untuk mengisi maklumat peserta sekolah. Hanya format Excel (.xlsx) yang dibenarkan untuk dihantar.

Arahan Pendaftaran Sekolah

Sila ikut langkah di bawah dengan teliti. Pendaftaran ditutup pada 15 March 2026.

1. Muat turun template rasmi

Klik Download Template (.xlsx) dan simpan ke komputer anda.

Penting: Hanya .xlsx (Excel) yang dibenarkan. Jangan ubah susunan kolum atau tajuk dalam template.


2. Upload template ke Google Drive & buka di Google Sheets

  1. Pergi ke drive.google.comNew → File upload → pilih fail .xlsx yang anda muat turun.

  2. Selepas upload selesai, klik kanan pada fail → Open with → Google Sheets.


3. Isikan maklumat peserta terus di Google Sheets

Isi setiap baris mengikut template (satu pelajar = satu baris).
Semak semua ruangan wajib telah diisi. Jangan ubah susunan kolum.


4. Tetapkan kebenaran kongsi (Sharing) dan salin link

  1. Di Google Sheets klik ShareChange to anyone with the link.

  2. Pilih Viewer (bukan Editor).

  3. Klik Copy link untuk salin URL.

Penting: Tetapan mesti Anyone with the link → Viewer supaya pihak penganjur boleh baca tanpa mengubah data.


5. Isi borang pendaftaran sekolah di laman ini

Lengkapkan maklumat wakil sekolah (Nama guru, Sekolah, Emel, No. Telefon, dsb).
Di ruangan Google Sheets Link, paste link yang telah disalin.


6. Hantar borang

Klik Submit / Hantar. Anda akan terima emel pengesahan selepas penghantaran.


7. Semakan & Pengesahan oleh pihak penganjur

Team TM26 akan semak fail dalam 2–4 hari bekerja. Jika ada masalah (format salah / data tidak lengkap), kami akan hubungi guru untuk pembetulan.

Ringkasan Pantas (Checklist)

 Muat turun template .xlsx rasmi.

 Upload ke Google Drive & buka di Google Sheets.

 Isi data peserta terus di Google Sheets (jangan ubah susunan kolum).

 Set sharing ke Anyone with the link → Viewer.

 Paste link dalam borang dan hantar sebelum 15 March 2026.

Sama seperti edisi Terengganu Marathon 2025, kategori sekolah bagi Terengganu Marathon 2026 turut menawarkan penyertaan secara percuma.

Namum, kami juga menyediakan pilihan jika ada yang berminat memiliki baju dan medal finisher terengganu marathon 2026

Untuk pendaftaran berkumpulan (bulk registration) bagi kategori sekolah, sila berhubung dengan Penolong Kanan Kokurikulum (PK KO) di sekolah masing-masing untuk urusan penyertaan.

Ya, wajib. Template Excel (.xlsx) yang disediakan di laman web mesti digunakan.
Susunan kolum, nama kolum dan format tidak boleh diubah langsung. Perubahan akan menyebabkan pendaftaran gagal.

Semua maklumat peserta perlu diisi terus di Google Sheets, selepas fail .xlsx dimuat naik ke Google Drive.
Isi data di Google Sheets, bukan dalam Excel di komputer.

Bukan lagi upload fail.
Guru hanya perlu kongsikan link Google Sheets yang sudah siap diisi.

Klik Share → pilih Anyone with the link → tetapkan kepada Viewer.
Jika tetapan salah (contoh: Restricted), penganjur tidak boleh akses dan pendaftaran akan ditolak.

Sistem tidak boleh baca data dan pendaftaran akan gagal diterima.
Template mesti digunakan tepat seperti yang diberikan tanpa tambah, buang atau ubah kolum.

Tidak digalakkan. Semua peserta sekolah hendaklah disatukan dalam satu Google Sheets sahaja untuk mengelakkan ralat.

Pendaftaran sekolah akan ditutup pada 15 March 2026
Link borang akan dikunci secara automatik selepas tarikh tersebut.