Terengganu Marathon 2027

Terma & Syarat

Kemas kini terakhir: 15 Oktober 2026 · English version below

Terma & Syarat Penyertaan Terengganu Marathon 2027 (TM27)

Dengan mendaftar Terengganu Marathon 2027 (“Acara”), setiap peserta, dan ibu bapa atau penjaga bagi peserta bawah 18 tahun, dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan semua terma dan syarat di bawah. Pendaftar yang mendaftarkan orang lain mengesahkan bahawa dia mendapat kebenaran peserta tersebut dan bersetuju bagi pihak mereka.

Acara ini dianjurkan oleh Kelab Olahraga Alam Sinergi (“Penganjur”) dan diadakan setiap tahun pada 30 April dan 1 Mei. Edisi semasa: 30 April & 1 Mei 2027. Butiran rasmi acara ada di terengganumarathon.com.

1. Kelayakan penyertaan

  • Acara dibuka kepada peserta warganegara Malaysia dan antarabangsa.
  • Had umur minimum pada tahun 2027: 42KM 18 tahun ke atas, 21KM 16 tahun ke atas, 10KM 12 tahun ke atas, 5KM 7 tahun ke atas. Peserta 5KM bawah 12 tahun wajib ditemani dewasa berdaftar (18 tahun ke atas).
  • Kategori Malaysia dan Terengganu hanya untuk peserta yang layak dengan MyKad, pasport atau permit jangka panjang yang sah.

2. Pendaftaran

  • Pendaftaran mesti dibuat melalui platform rasmi.
  • Semua maklumat mesti tepat dan lengkap. Penganjur berhak menolak pendaftaran yang palsu atau tidak lengkap.
  • Pendaftaran sah selepas emel pengesahan dan slip pendaftaran dikeluarkan. Sebarang kesilapan maklumat mesti dilaporkan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
  • Pendaftaran ditutup pada tarikh yang diumumkan atau apabila kuota penuh.

3. Yuran dan bayaran balik

  • Semua yuran yang telah dibayar tidak boleh dikembalikan, tidak boleh dipindahkan kepada acara lain dan tidak boleh ditangguhkan, atas apa-apa sebab, kecuali dinyatakan sebaliknya oleh Penganjur.
  • Bayaran berganda yang disahkan akan dikembalikan ke kaedah bayaran asal selepas semakan.

4. Tukar kategori, tukar baju dan pindah BIB

  • Permohonan tukar kategori dibuat melalui Penganjur sebelum pendaftaran ditutup, tertakluk kepada perbezaan harga dan caj pengurusan, dan mesti dibayar dalam tempoh yang ditetapkan. Tiada bayaran balik jika kategori baharu lebih murah.
  • Tukar saiz atau jenis baju hanya dibenarkan sekali, tertakluk kepada stok dan tarikh tutup tempahan baju.
  • Pindah BIB kepada peserta lain hanya melalui fungsi rasmi TM Transfer BIB dalam My Account, tertakluk kepada caj dan tarikh tutup.

5. Kutipan race kit dan penghantaran

  • Race kit mengandungi baju acara (tertakluk kepada stok) dan BIB dengan cip masa (10KM, 21KM dan 42KM).
  • Lokasi, tarikh dan masa kutipan dinyatakan dalam slip pendaftaran dan laman web. Bawa slip pendaftaran (QR) dan dokumen pengenalan. Wakil boleh mengambil bagi pihak peserta dengan membawa slip tersebut.
  • Race kit yang tidak diambil sebelum masa tutup kutipan dianggap luput.
  • Bagi pilihan penghantaran, peserta hanya menerima baju dan BIB. Barangan tajaan tidak dihantar. Penghantaran kali kedua ditanggung oleh peserta.

6. Peraturan semasa acara

  • BIB rasmi mesti dipakai di bahagian hadapan sepanjang larian.
  • Kenderaan sokongan peribadi, basikal, kasut roda, haiwan peliharaan dan objek beroda tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran.
  • Peserta mesti mematuhi arahan pegawai acara, sukarelawan dan pihak berkuasa.
  • Had masa (cut-off): 42KM 8 jam, 21KM 4 jam, 10KM 2 jam. Peserta yang melepasi had masa boleh dibatalkan kelayakan.
  • Keputusan berdasarkan Gun Time. Hanya penamat yang layak menerima pingat, e-sijil dan hadiah.

7. PEN permulaan dan atlet prestasi tinggi (PEN 1)

  • PEN 1 hanya untuk peserta yang mengemukakan keputusan rasmi daripada acara yang diiktiraf AIMS dan memenuhi qualifying time kategori masing-masing. Masa mesti sama atau lebih laju daripada had. Masa yang melebihi had, walaupun sesaat, tidak diterima.
  • Qualifying time (Full Marathon): Lelaki Terbuka 3:15:00, Lelaki Veteran 3:30:00, Wanita Terbuka 4:00:00, Wanita Veteran 4:15:00.
  • Qualifying time (Half Marathon): Lelaki Terbuka dan Terengganu 1:30:00, Lelaki Veteran 1:40:00, Wanita (semua kategori) 2:00:00.
  • Qualifying time (10KM): Lelaki Terbuka 0:40:00, Lelaki Veteran 0:45:00, Wanita Terbuka 0:50:00, Wanita Veteran 0:55:00.
  • Permohonan yang ditolak akan diletakkan dalam PEN biasa mengikut urutan pendaftaran. Keputusan Penganjur adalah muktamad.

8. Kesihatan dan risiko

  • Peserta mengesahkan dirinya sihat dan layak dari segi perubatan untuk menyertai Acara.
  • Penyertaan adalah atas risiko sendiri. Penganjur, penaja, rakan kongsi dan sukarelawan tidak bertanggungjawab atas kecederaan, kematian, kehilangan atau kerosakan harta benda semasa Acara.
  • Acara dilindungi polisi Insurans Liabiliti Awam yang meliputi pampasan kematian dan perbelanjaan perubatan akibat kecuaian Penganjur, tertakluk kepada terma polisi, dengan jumlah perlindungan sehingga RM300,000 bagi setiap tuntutan.

9. Force majeure

Sekiranya Acara dibatalkan, ditangguhkan, dipendekkan atau diubah kerana keadaan di luar kawalan Penganjur (force majeure), termasuk bencana alam, cuaca buruk, banjir, wabak, arahan kerajaan atau pihak berkuasa, isu keselamatan awam atau keganasan, Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul. Sebarang bayaran balik, kredit, pertukaran tarikh atau format alternatif (contohnya larian maya) adalah tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara Penganjur. Penganjur juga berhak mengubah laluan, jadual atau membatalkan mana-mana kategori atas sebab keselamatan, cuaca atau operasi.

10. Hadiah, pingat dan e-sijil

  • Pemenang ditentukan berdasarkan Gun Time. Net Time digunakan untuk kedudukan umum.
  • Seorang peserta hanya layak menerima satu hadiah. Namun, Penganjur boleh menetapkan kategori tertentu yang membenarkan seorang peserta memenangi hadiah daripada lebih daripada satu kategori, seperti yang dinyatakan dalam terma dan syarat Acara. Dokumen pengenalan yang sah diperlukan untuk menuntut hadiah. Hadiah wang dibayar dalam tempoh 30 hingga 60 hari.
  • Pingat penamat untuk peserta yang layak. E-sijil disediakan dalam tempoh 7 hingga 14 hari selepas Acara.

11. Media dan data peribadi

  • Peserta membenarkan Penganjur menggunakan nama, gambar dan rakaman video untuk dokumentasi, promosi dan publisiti Acara tanpa sebarang bayaran.
  • Data peribadi dikumpul dan digunakan untuk pentadbiran acara, komunikasi, pemasaran, statistik dan penyerahan hak peserta, mengikut Dasar Privasi dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Pihak ketiga yang dilantik terikat dengan kerahsiaan data.

12. Larian maya (jika berkenaan)

  • Mesti diselesaikan dalam satu larian berterusan dan bukti mesti dihantar. Tiada bayaran balik atau pertukaran. Penghantaran barangan dalam tempoh 14 hari bekerja. Penyertaan atas risiko sendiri.

13. Am

  • Penganjur berhak meminda terma dan syarat ini pada bila-bila masa. Versi terkini di laman ini terpakai.
  • Semua perkara tertakluk kepada keputusan muktamad Penganjur.
  • Terma dan syarat ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
  • Pertanyaan: [email protected]

Terengganu Marathon 2027 (TM27) Terms & Conditions of Participation

By registering for Terengganu Marathon 2027 (“the Event”), every participant, and the parent or guardian of any participant under 18, is deemed to have read, understood and agreed to be bound by these terms. A registrant who registers other people confirms that they have the participants’ permission and agrees on their behalf. The Event is organised by Kelab Olahraga Alam Sinergi (“the Organiser”) and is held every year on 30 April and 1 May. Current edition: 30 April & 1 May 2027.

1. Eligibility

  • Open to Malaysian and international participants.
  • Minimum age in 2027: 42KM 18+, 21KM 16+, 10KM 12+, 5KM 7+. 5KM participants under 12 must be accompanied by a registered adult (18+).
  • Malaysian and Terengganu categories are only for eligible holders of a valid MyKad, passport or long-term permit.

2. Registration

  • Registration must be made through the official platform with accurate and complete information. The Organiser may reject false or incomplete entries.
  • Registration is confirmed once the confirmation email and registration slip are issued. Errors must be reported within five (5) working days.
  • Registration closes on the announced date or when the quota is full.

3. Fees and refunds

  • All fees paid are non-refundable, non-transferable to other events and non-deferrable, for any reason, unless otherwise stated by the Organiser.
  • Verified duplicate payments will be refunded to the original payment method after review.

4. Category change, shirt change and BIB transfer

  • Category changes are requested through the Organiser before registration closes, subject to any price difference and a management fee, payable within the stated window. No refund applies if the new category is cheaper.
  • Shirt size or type may be changed once only, subject to stock and the shirt order cut-off.
  • BIB transfers to another person are only allowed through the official TM Transfer BIB function in My Account, subject to fees and cut-off dates.

5. Race kit collection and delivery

  • The race kit contains the event shirt (subject to stock) and a BIB with timing chip (10KM, 21KM and 42KM).
  • Collection venue, date and time are stated on the registration slip and website. Bring the registration slip (QR) and identification. A representative may collect with the slip.
  • Kits not collected before the collection cut-off are forfeited.
  • For delivery, participants receive the shirt and BIB only. Sponsored items are not delivered. A second delivery attempt is at the participant’s expense.

6. Race rules

  • The official BIB must be worn on the front throughout the race.
  • No personal support vehicles, bicycles, skates, pets or wheeled objects unless authorised.
  • Participants must follow instructions from officials, volunteers and authorities.
  • Cut-off times: 42KM 8 hours, 21KM 4 hours, 10KM 2 hours. Participants exceeding the cut-off may be disqualified.
  • Results are based on Gun Time. Only eligible finishers receive medals, e-certificates and prizes.

7. Start pens and high performance athletes (PEN 1)

  • PEN 1 is only for participants who submit an official result from an AIMS-certified race that meets their category’s qualifying time. The time must be equal to or faster than the standard. Any time slower than the standard, even by one second, is not accepted.
  • Full Marathon: Men Open 3:15:00, Men Veteran 3:30:00, Women Open 4:00:00, Women Veteran 4:15:00.
  • Half Marathon: Men Open and Terengganu 1:30:00, Men Veteran 1:40:00, Women (all categories) 2:00:00.
  • 10KM: Men Open 0:40:00, Men Veteran 0:45:00, Women Open 0:50:00, Women Veteran 0:55:00.
  • Rejected requests are placed in a regular PEN in registration order. The Organiser’s decision is final.

8. Health and risk

  • Participants confirm they are in good health and medically fit to take part.
  • Participation is at the participant’s own risk. The Organiser, sponsors, partners and volunteers are not liable for injury, death, loss or damage to property during the Event.
  • The Event is covered by a Public Liability Insurance policy covering death and medical expenses arising from the Organiser’s negligence, subject to the policy terms, up to RM300,000 per claim.

9. Force majeure

If the Event is cancelled, postponed, shortened or changed due to circumstances beyond the Organiser’s control (force majeure), including natural disasters, severe weather, floods, epidemics, government or authority directives, public safety concerns or terrorism, the Organiser is not liable for any resulting loss. Any refund, credit, date change or alternative format (such as a virtual run) is entirely at the Organiser’s discretion. The Organiser may also change routes or schedules, or cancel any category, for safety, weather or operational reasons.

10. Prizes, medals and e-certificates

  • Winners are determined by Gun Time. Net Time is used for general rankings.
  • One participant is eligible for one prize only. However, the Organiser may designate certain categories that allow a participant to win prizes in more than one category, as stated in the Event’s terms and conditions. Valid identification is required to claim. Cash prizes are paid within 30 to 60 days.
  • Finisher medals for eligible participants. E-certificates are available within 7 to 14 days after the Event.

11. Media and personal data

  • Participants allow the Organiser to use their name, photographs and video recordings for event documentation, promotion and publicity without compensation.
  • Personal data is collected and used for event administration, communication, marketing, statistics and delivery of entitlements, in line with the Privacy Policy and the Personal Data Protection Act 2010. Appointed third parties are bound by confidentiality.

12. Virtual run (if applicable)

  • Must be completed in one continuous run with proof submitted. No refunds or changes. Items are delivered within 14 working days. Participation is at own risk.

13. General

  • The Organiser may amend these terms at any time. The latest version on this page applies.
  • All matters are subject to the Organiser’s final decision.
  • These terms are governed by the laws of Malaysia.
  • Enquiries: [email protected]